Ahad, 29 April 2012

cinta muka buku =)

assalammualaikum......
selamat malam..bestnya cuti 4 hari..bahagianya dok rumah.. =)
esok nak keluar jap p renew roadtax yang dah 2 minggu tertunggak.. =( 
sedih betoi lama dah xbawak kereta,,
dah-dah ana dok mengarut apa..=.='' ,,
ana cuma nak kongsi dengan semua friends ana..

sangatlah terharu bila adik nie post kat blogger dia sal ana..
tq adik akk sayang adik..
http://rashanieyshida.blogspot.com/
yela akk pon xtahu macam mana kita boleh rapat sampai macam nie kan..
adik pon dah macam adik akak sendiri akak anggap..
bila adik datang sini,tido rumah akk ye,akk bawa adik jalan-jalan 1 penang...
TAPI,adik kena plan awal2 la...baru senang akk plan cuti plak.. ^.^
oppsss terlupa pulak,mesti tertanya-tanya kat mana ana kenal adik nurul shuhada nie kan..
ana kenal dalam FACEBOOK ,bermula dari dalam group,lawan komen,lawan sembang...
bertukar no fon,,sampai sekarang masing-masing guna blackberry so lagi senanglah nak sembang..hanya bbm..

adik nie comel,cute ja..pandai pulak tu..


comelnya adik akk nie...
jom follow kat sini 




Selasa, 24 April 2012

PhotoShop

adoii bila sebut photoshot semua orang cakap senang je nak buat..
realiti nya,YAALLAH susah habaq aii...
punya la pulon suruh adik shuhada nie ajar,last-last jadi jugak...
pastu bila nak buat sendiri,ala dia mula dah xmenjadi..
punya pulon follow step by step,cari kat google,xjadi jugak...
last-last fedup sangat,suruh adik shuhada tu buat...
akhirnya menjadi jugak..tapi belum upload lagi..
dia baru snap pic je tujuk..

agak memuaskan hatilah tengok..memang cantik..
mana tak cantiknya,dia belajar diploma grafik designerin..
memang cantiklah..
adik tima kasih banyak-banyak,nanti kita jumpa adik ajar lagi tau..
akk pon nak pandai macam adik jugak walaupon akk 
xsambung study :D




jom follow blog adik nie..

adik abg paiz cakap,cantik..dia suka sangat..
akk gtau dia,xpa nanti akk belajar dengan adik lagi,nanti akk ajar dia..

daaa..







Isnin, 23 April 2012

cakes & nurins

good morning... =) dari semalam kol 1 terjaga xboleh tidoq...
so update blog xhabis-habis...
sapa suka makan cake angkat tangan (macamlah nampak)
ok kot ada sapa yang suka makan cake tu,kot kalau ada nak oder,
boleh la singgah kat kat sini 


akk nie buat kek cantik-cantik.sedap pulak tue....
hampa nak rasa,kena la oder kak nie ina ni tau..
jom kita jamu mata sat noh..














tudia kek,terliur noh tengok...ermm kalau nak rasa jangan lupa oder tau..
nak tengok banyak lagi  ???
jom kita singgah kat fb dia sat noh...







EngaGed

selamat bertunang to my friends meragkap sepupu...
hehe nurul,akhirnya selamat jugak bertunang tadi 22 april 2012 menjadi sejarah...
lawak betul tengok gelagat dia tadi..dah la janji nak ambik ana koi 8.30 pg,ana dengan penat balik keja 12 jam
sanggup tahan mata xtidoq nak teman dia p make up..
hampeh betoi janji melayu katakan..
koi 9.45 pg baru nampak muka depan rumah...
adooii sabar ja la nasib cuti 3 hari..
kalau x,memang tak p teman la dia make up...
janji dengan pihak lelaki pukul 12.00 tghari,
mak andam tu pulak bukak kedai lambat,kol 10.30,so rushing la sikit..
nak siap-siap lagikan..

tapi agak tak memuaskan hati make up tak cantik..
jom kita tengok..






muka nurul ada bekas jerawat,mak andam make up x tutup langsung 
bekas tu..nampak sangat real bekas..so xcantik lah...
kita bayar mahal,kalau macam nie cara make up,so jangan harap la lepas nie
nak p lagi kat situ..




baju pegantin memang cantik lah...make up ja xok..
pic blur sikit... =)





dah siap,nak gerak balik ke rumah nurul...time sampai kat rumah tu,semua orang tengah baca doa..
habis ja baca doa,rombongan belah laki pon sampai...
kami pon bergerak la ke atas rumah nurul,nak touch up make up dia yang xelok tu...












muka agak megantok =.="


selamat menjadi tunang kepada zulkifli
tahniah nurul syuhada..






















dah tamat...... =)








masalah keguguran rambut

minggu lepas saja p cuci rambut kat salon member...then masa dia cuci rambut tu,
banyak sangat rambut gugur..memang ana tau rambut ana gugur....dari rambut panjang,sampailah 
dah potong pendek tetap gugur..
kalau bab shampo nie,dah macam-macam guna..
tak nampak perubahan pon..
ermmm..
then tanya member tu,ada dak shampoo yang bagi tahan rambut gugur..
dia cakap ada..
dia pon tunjuk dalam buku,tapi kena oder..dari jenama 
D'NAVECHEE

test cari dalam google xnampak pulak ada..
xpala ana try dulu..coz dia pakai,cakap memang ada perubahan..
kalau ada perubahan nanti ana habaq lain nohh..

jom tengok gambaq sat..




tara..nie la rupa shampoo tu..kalau ada kesan nanti ana update tau..







yeahhhh =)

fuhh dah lama xupdate blog...dah rindu nak cerita macam-macam nie..hiihhi...
ehh mesti pelik dengan tajuk kan...yeahhhh ....
saja nak cerita,minggu lepas dapat jumpa si jantung hati..
=)
then masing-masing cuti pakat plan lah nak jumpa...dah jumpa tu,macam-macam cerita
lah nak kongsi...masa lepas dia ambik ana kat rumah,ana terus bawak dia 
p rumah kakak angkat ana..saja nak kenalkan dengan kakak..
so kakak pon cakap ok tengok ana dengan dia..alhamdulillah lah..
terima kasih ya allah kerana menemukan jodoh ana dengan dia..harap berkekalanlah..
dah merepek ana nie..



nie pic lepas lunch..
sambil dok makan tuh,do bincang nak p mana..
sepakat nak p jalan kat queensbay mall.


tengah tunggu nak tengok wayang,faiz snap dulu pic ana..


tengok wayang cita battleship
ana tengok jap dalam 20 minit,X faham la jalan cita,cakap kat faiz abg tengoklah 
syg nak tido..bummm terus tido dengan sejuknya dalam panggung tu..



dah habis wayang,ajak shoping pulak..=)
thanks abang coz hadiahkan ana satu baju..

comel sangat baju nie...tq abg..





dah puas shoping,lepak pantai pulak...awal lagi nak balik..
best jugak lama tak kena angin laut....







dah lepak pantai,,jam pon dah pukul 6.30 ptg,perut pon dah lapar,
terus gerak ke seberang jaya cari kedai makan....sory pic d kedai makan tak snap pon..
pas makan terus g karaoke..dah puas melalak,terus paiz antar ana balik.. 
kesian dia nak balik changlun jauh....esok dia keja pulak..
ok da..nanti kita jumpa lagi abang..
thanks sangat2 sebab membahagiakan ana.harap berkekalan..
AMIN....











Selasa, 10 April 2012

Handphone =(


dah sebulan lebih handphone ana hilang dalam kereta member..
handphone yang paling ana sayang..harga first beli RM 1300 hasil gaji pertama time ana kerja 
di kilang dell dulu..amat terasa sangat kehilangan...
jahat betul si pencuri  tu...sebelum nie 
tinggal di dalam kereta tak pernah hilang,mungkin tak da rezeki ana kot..
habis semua kenangan dalam fon tu hilang... =(


rindulah kat fon nie...memang kalau jual tak da harga,tapi kenangan banyak sangat...
semoga orang yang mencuri tu mendapat balasanya nanti....
dah xnak ingat lagi tentang kejadian tu...tadi ana pergi carrefour dengan kakak angkat 
ana saja kami boring jalan-jalan atas tu,singgah kat satu kedai fon nie...
saja servey harga fon,mulanya minat samsung,then si jurujual tu promote fon sony ericsson xperia,
YA ALLAH cantik sangat...terlupa terus kat fon yang ana minat tu...
dok runding harga dia bagi RM950 full aksesori n memory card dia bagi 8GB...
aishh hati dah berkenan,duduk dah tak senang,ana cakap kat si jurujual tu,
nanti saya mai angkat you kasi diskaun lagi :D
so kena bekerja keras sikit nak simpan duit untuk beli fon tu...
tunggguuuu.......... !!!










make over =)

sorry lah ana tak pandai nak post kat blog nie pasal make up...so just nak kongsi sikit dengan 
orang area kuala lumpur,pulau pinang,kedah..
ada sapa-sapa yang masih tercari-cari bakal mak andam tu,boleh lah refer je terus kat sini..

akk nie orang panggil dia fyna or nama betulnya 
nur shafinatul..berumur 27 tahun..berasal dari baling kedah..
setiap hari pasti ana akan usha(tengok) blog akk nie..
dia pandai bagi tips-tips penjagaan diri jugak..
ok lah tak nak sembang banyak-banyak,mai kita tengok pandai ke x akk nie jadi mak andam.. =)





tengok cantikkan..mengalahkan mak andam kat butik pegantin...


cumel sangat lah akk fyna make up..jelesnya ana..
ana dah try buat dekat muka adik ana,menjadi jugak..tapi nak
try kat muka sendiri takut tak menjadi malu je =.=".




nie la kak fyna yang ana maksudkan tu..comelkan..
akk ana nak jumpa akk depan-depan la..boleh x akk..
cute sangat akk nie..



kalau nak tengok banyak lagi,follow le blog akk fyna ye..
=))











Good Nite..

selamat malam sayangku....







Good Nite..

sambil-sambil dok belek blog,tak perasan jam dah kol 2 am..mata pon dah megantok..
esok cuti lagi..sebelum tido kita tengok dulu kisah di bawah nie...
renung-renungkan dan selamat beramal..
selamat malam..








Tentang cinta

tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta...
orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.. =(
cintaa yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang terputus talinya.
soal cinta adalah soal hati.ia juga soal jodoh.
manusia hanya merancang namun tuhan yang menentukan segalanya..
soal hati tiada undang-undang.apatah lagi paksaan..
sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang,kalau ia tidak berbalas,
sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan..

cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta..
kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain..
itu lebih baik daripada kita mengahwini diri orang lain yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita 
kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah
pendirian orang lain..

melupakan seseorang yang amat kita sayangi memang amat sukar..
cinta akan hidup bersama dengan waktu,apabila waktu itu mati,maka 
matilah cinta itu..
cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum,sambil mendoakan
kebahgiaan untuknya walaupun kita terpaksa melepaskannya pergi..
jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya 
walaupun dia tidak berada di sisi kita..


love u Mohd Faiz Bin Mohd Nasir
Nur Farhana Amirah Bt Sabri